All ave Changed





First sekali, aku nak wish goodluck to all SPM candidates yang akan berlangsung pada hari esok bersamaan dengan 5 November 2012 pada hari Isnin. Hah kooo ! Buat betul-betul ye abang-abang dan akak-akak sekalian ! Straight A's menanti anda semua. InsyaAllah.

Okay, berbalik kepada tajuk yang kat atas tu. Actually aku terkilan sangat bila orang yang aku dah rapat tu tiba-tiba bertukar perangai. Seriously weh. Aku tak sangka. Dulu aku dengan dia baik walaupun kita orang jarang tegur dekat sekolah. Tapi aku ingat dia memang baik. Bila ada orang suka kutuk dia itu ini, seboleh mungkin aku tak nak percayakan. Biasalah kan manusia kan boleh berubah. Kejap gaduh kejap baik.

Tapi bila dah bergaduh, semua hal peribadi aku dia nak bocorkan. Kalau boleh macam-macam dia nak maki aku itu ini. Takpa, selagi aku boleh sabar aku bersabar. Sebab aku tahu aku ni perempuan. Tak manis kalau orang tengok aku bergaduh-gaduh. Ye aku sedar diri aku ni siapa. *Eh syahdu pulak aku ni tetiba apehal ? Wahahaha. Tapi kalau orang dah mengata aku itu ini, takkan aku nak diam kan ? Kena lawan weh ! Kang banyak lemak pula.

Wahai haters-haters sekalian, sebenarnya kan aku nak minta maaf dekat korang tau walaupun aku tahu bukan salah aku. Sebab apa, kalau aku nak tunggu korang minta maaf dekat aku, memang tak akan lah kan. Aku bukan pengecut atau penakut ke apa bila nak minta maaf dekat korang. Cuma aku tak nak hidup dalam keadaan yang bermusuh ni. Tu je. Tapi bila difikir-fikirkan balik, patut ke aku yang minta maaf ? Patut ke ? Kalau aku minta maaf tapi dia orang buat lagi dekat aku, macam mana kan ? Hmm. Entahlah. Baik aku diam je. Lagi bagus. Kan ? Dan sekarang, baru aku tahu yang mana kawan dan yang mana lawan. Terima kasih semuanya ! :")


 "KAWAN DAH JADI LAWAN"


Jangan terlalu membenci orang, mana tahu suatu hari nanti dia yang akan tolong kita. Jangan terlalu sombong, kita semua sama sahaja asal dari tanah.
Okay then. That's all for today. Thanks again for willing spare your time to visir my blog yeah. I will updated my blog soon. Take care and have a nice day ! :)


No comments:

Post a Comment