HAPPY BIRTHDAY IBU AND CONGRATULATION !


Hi and Assalamualaikum !

Hello readers, hari ni 23 Mac 2011 keputusan SPM keluar. Pagi tadi aku pergi sekolah seperti biasa, lepas pukul 9.15 pagi tu, aku pun balik rumah sebab excited nak pergi ikut ambil result SPM abang kat Cheras. 


Kita orang sampai je sekolah SMS Sains Alam Shah, ramai yang dah bertepuk-tepuk sebab time tu pengetua sekolah tu tengah umumkan gred purata bagi semua subjek. Lepas dah umumkan semua tu, bekas-bekas pelajar sekolah tu pun pergi lah dekat guru kelas tahun lepas dia orang sebab kena ambil result masing-masing. Sesak yang teramat. -,-'



Pukul 11.30 macam tu baru lah abang aku dapat result dia. Time tu aku nampak mak aku nangis, tapi abang aku macam steady je. Rupa-rupanya mak aku nangis sebab abang aku dapat straight A's iaitu 8A+ dan 2A. Abang aku ambil 10 subjek je. Tapi mak aku memang happy gila lah. Yelah mana taknya, time tu pulak hari jadi mak aku, so, Alhamdulillah lah, abang aku bagi keputusan yang cemerlang kat mak aku. Bangga dapat abang macam kau ! :)




Okay lah guys , that's all for today, thank you for treading this entry ! Bubbye, nak pergi tidur. Hee. :)







No comments:

Post a Comment